Lirik Lagu Sinar Mata Hati [Ost Suri Katriana] - Ernie Zakri
Khai Bahar & Siti Nordiana Mengungguli Separuh Akhir Muzik Muzik 34 2019
Drama - Drama Band
Paku - Ara Johari
Hatiku Milikmu - Siti Nordiana
Tiada Dirimu - Shila Amzah
Mencuba - Sufian Suhaimi
123 - Khai Bahar
Satukan Rasa - Siti Nordiana & Khai Bahar
Terlalu Memuja - Wany Hasrita
Bidadari - Ismail Izani
Aku Yang Bersalah - Ucop
Kepuraanmu - Luqman Faiz
Anta Permana - Dato Sri Siti Nurhaliza
Rampas - Akim & Majistret
Pujaan Hati - Adira
Sumpah - Naim Daniel
Ku Bersuara - Ernie Zakri
Kisah Cinta Kita - Hafiz Suip
Teguh Setia - Muna Syahirah
Regamanmu - Faizal Tahir
Pedih - Sarah Suhairi
Bekas Kekasih - Tomok
Lembah Kesepian - Haqiem Rusly
Dinda - Kugiran Masdo
Peneman - Hazama The Penglipurlara
Bimbang - Marsha
Tetap Kamu - Amylea x Megat
Pudar - Indah Ruhaila
Sumpah - Aina Abdul
Bangun - Aman Ra
Jutaan Purnama - Datin Alyah
Separuh akhir Muzik-Muzik 34 akan bermula pada Jumaat, 15 November 2019 pada jam 9 malam di TV3.
Pengacara untuk separuh akhir Muzik-Muzik 34 pada tahun ini adalah Haziq dan Sherry Alhadad
Siapa ramalan anda untuk ke AJL 34?
Lirik Lagu Gundah - Ernie Zakri
Lirik Lagu Semalam - Aina Abdul
Diri ini bagai daun gugur
Lemah tak berkaki tak di peduli
Terus engkau pergi tinggal ku sendiri
Ditemani jasad ini
Berkali-kali ku coba untuk pergi jauh dari mu
Setiap langkah ku terhenti kerna jasad ini
Engkau pergi jua tinggal ku sendiri
Dengan seribu calar unggu
Semalam
Diri ini bagai daun gugur
Lemah tak berkaki tak di sayangi
Teru engkau pergi biar ku sendiri
Hilang sepi tak berbunyi
Berkali-kali ku coba untuk pergi jauh dari mu
Setiap langkah ku terhenti kerna jasad ini
Engkau pergi jua tinggal ku sendiri
Dengan seribu calar unggu
Mana pergi janji dulu
Mana cinta sayang mu
Mana semua itu
Ohhh, mana pergi janji dulu
Mana cinta sayang mu..... uhhhuuuuu
Berkali-kali ku coba untuk pergi jauh dari mu
Setiap langkah ku terhenti kerna jasad ini
Engkau pergi jua tinggal ku sendiri
Dengan seribu calar unggu
Komposer: Aina Abdul
Lirik: Aina Abdul
Penyanyi: Aina Abdul
Lirik Lagu Sabar - Black Hanifah
Lirik Lagu Sabar - Black Hanifah
Habibi - Wan Syaz tampil dengan buah tangan baru
Pernah di kecam kerana cubaan menari di dalam muzik video lagu berjudul Pendusta Cinta membuat pemilik nama NURSYZWANI BT SELAMAT – 23 TAHUN atau lebih mesra dengan panggilan WANI SYAZ lebih dikenali ramai. Ramai dikalangan netizen yang menyokong tindakan berani Wani dan tidak kurang juga yang mengecam. Namun jika dilihat dari sudut positif, tindakan yang diambil amat bertepatan dengan lagu tersebut malah menampakkan kematangan Wani Syaz.
Menyertai pertandingan Gema Gegar Vaganza juga adalah salah satu Tindakan berani Wani syaz sepanjang bergelar anak seni.
“Sebelum menyertai GGV ramai yang tidak tahu dan tidak yakin akan kemampuan saya membawakan lagu – lagu bernada tinggi, tetapi setelah menyertai pertandingan tersebut ternyata saya berjaya membuka mata ramai pihak akan kemampuan saya termasuk syarikat rakaman saya FMC Music.”
Tidak terasa perjalanan kerjaya seni Wani Syaz hampir mencecah 8 tahun. Bermula di tahun 2013 Wani muncul dengan single pertama berjudul - I Cinta Jer , Kemudian meledak dengan lagu Lepaskan dan Alhamdulillah.
Single duet Wani Syaz bersama Wany Hasrita – SINAR TERINDAH merupakan single pertama Wani berduet dengan artis wanita. Dan lagu ini merupakan ciptaan Wani Syaz sendiri dan lirik dihasilkan bersama Wany Hasrita. Sebelum ini Wani hanya digandingkan dengan penyanyi lelaki sahaja - Lepaskan, Alhamdulillah dan Kembalilah Wani digandingkan bersama Juzzthin dan Pendusta Cinta digandingkan bersama Waris.
16 November 2020 (Isnin) jam 8 malam, secara rasminya single ke 9 (muzik video) Wani Syaz akan dilancarkan di saluran youtube FMC MUSIC. Kali ini Wani Syaz mempertaruhkan lagu padang pasir dengan sentuhan moden.
HABIBI – lagu ciptaan dan lirik – DJ FUZZ, AZIQUEBEATS dan WARIS ini merupakan lagu ke – 2 Wani Syaz digandingkan bersama Waris. Habibi mengisahkan seorang insan yang ingin mencari teman hidup. Bagi Wani Syaz beliau tiada masalah untuk menyanyikan lagu irama begini kerana irama padang pasir yang diterapkan sentuhan moden seperti ini merupakan genre kegemaran Wani dan sangat bersesuaian dengan vocal Wani.
“Moga – moga lepas tonton muzik video Habibi ini nanti, tiada yang akan kecam Wani. Bagi lah peluang Wani keluar dari kotak dan zon selesa Wani, kalau boleh dimasa akan datang Wani nak cuba genre yang jauh lebih berbeza supaya Wani dapat buktikan dan cabar kemampuan vokal Wani”
Wani berharap Lagu Habibi ini mendapat tonton yang lebih tinggi berbanding muzik video Pendusta Cinta yang mencecah 26 Juta Tontonan.
TAJUL TAMPIL DENGAN IZINKAN AKU
Mula bergelar sebagai anak seni di tahun 2016 hingga kini, Tajul Arif Noor Md Shari atau lebih di kenali, Tajul telah menghasilkan hampir 10 buah lagu termasuk lagu solo, duet dan lagu raya. IZINKAN AKU merupakan single solo tajul yang terbaru bakal dilancarkan disemua saluran digital dan muzik video di saluran Youtube FMC Music mulai 24hb Disember 2020 jam 8 malam.
Buat pertama kalinya tajul menyanyikan lagu ciptaan pendatang baru – Tuah Adzami. Lagu yang berkisarkan tentang cinta berentak balada ini turut mendapat sentuhan lirik dari tajul sendiri. Namun ada sesuatu kejadian yang berlaku di sebalik tabir sewaktu rakaman vokal sedang di jalankan.
“sebenarnya saya taknak sebut tentang hal ni, sebab saya tak suka besar besarkan perkara yang remeh. Tapi kalau dia masih nak bermasam muka itu hak dia. Sebab saya lebih suka bersikap profesional”
Khabarnya telah berlaku selisih faham antara Tajul dan Tuah Adzmi sewaktu sessi rakaman berlangsung. Dan mereka dikatakan saling bertikam lidah dan hampir tumbuk menumbuk.
“ Ya saya mengaku ada silap saya, tetapi bila dia taknak faham keadaan saya waktu itu dan menuduh saya membuat rakaman sambil lewa, saya tak boleh terima, kebetulan saya kurang sihat dan tak cukup tidur kerana mlm sebelum tu anak saya meragam, sebab itu tumpuan dan suara saya agak kurang baik sewaktu rakaman tu berlangsung”
Dikatakan Tajul hampir balik meninggalkan studio kerana terlalu berang dengan sikap Tuah Adzmi.
“saya cuma minta dia faham keadaan saya dan minta tangguhkan sessi rakaman tetapi beliau tetap memaksa saya selesaikan rakaman vokal tu dan mengeluarkan kata – kata yang tak sedap saya dengar dan mencabar tahap kesabaran saya, apa pun setelah dileraikan dan bos FMC call ( Mr.Ho) pergaduhan kami tamat di situ. Dan saya dah pun minta maaf pada Tuah”
“saya amat menyesali atas apa yang berlaku, dan mungkin salah saya juga kerana tak dapat kawal emosi” Kata Tajul bila dimintya mengulas tentang kejadian tersebut.
Walaubagaiman pun proses rakaman dapat diselesaikan setelah berhenti rehat dan disambung setelah beberapa jam berikutnya.
“dah nak masuk tahun baru, tambahan pula saya kini suami orang dan bergelar ayah, jadi saya tidak mahu perkara negetif mengganggu hidup dan perjalanan kerjaya saya, apa yang saya lakukan kini hanyalah untuk isteri dan anak saya. Saya nak cari nafkah yang halal sebanyak mungkin demi mereka berdua”
Harapan Tajul Arif semoga kehadiran single IZINKAN AKU ini diterima semua peminat walaupun saya kini sudah bergelar ayah, moga sokongan peminat terhadap saya tidak berkurang.
Lagu: Izinkan Aku
Komposer: Tuah Adzmi
Lirik: Tuah Adzmi / Tajul Arif
Penyanyi: Tajul Arif
Lirik Lagu Izinkan Aku - Tajul
Lirik Lagu Izinkan Aku - Tajul
( Intro )
Pertama kali melihat matamu
Bagai ada rasa cinta dihatiku
Senyuman manismu suara indahmu
Membuatkan ku ingin memilikimu
Buat selamanya
Izinkan aku untuk selalu mencintaimu
Kan ku serahkan semua rasa
Hadirnya dirimu
Memberikan rasa cinta yang sempurna
Kan ku berikan segala yg ku ada
Terimalah diriku seadanya
Tak pernah
sekalipun terlintas untukku meninggalkannya
Kerana dirinya yg teristimewa
Walau terpaksa tak pernah ku rela
Menjauh darinya
(Solo)
Izinkan aku untuk selalu mencintaimu
Kan ku serahkan semua rasa
Hadirnya dirimu
Memberikan rasa cinta yang sempurna
Kan ku berikan segala yg ku ada
Terimalah diriku seadanya
Tak pernah
sekalipun terlintas untukku meninggalkannya
Kerana dirinya yg teristimewa
Walau terpaksa tak pernah ku rela
Menjauh darinya
Lagu: Izinkan Aku
Komposer: Tuah Adzmi
Lirik: Tuah Adzmi / Tajul Arif
Penyanyi: Tajul Arif
Hero & Heroin Bidadari Salju Tarik Diri Saat Akhir Semasa Sesi Pengambaran Muzik Video Mimpi Haqiem Rusli?
Ridzuan Haqiem B Rusli, 23 tahun atau lebih dikenali dengan panggilan Haqiem Rusli yang mula dikenali dengan lagu Segalanya dan Tergantung Sepi kini makin berani dan yakin mengetengahkan lagu ciptaan beliau sendiri untuk dipersembahkan buat semua peminat. MIMPI – merupakan single ke 5 lagu ciptaan beliau yang dinyanyikan sendiri oleh beliau, selain lagu -BANGKIT, LEMBAH KESEPIAN, QIEMILLIO dan WHAT CAN I DO FOR U.
Namun kali ini Bintang Paling Popular Haqiem bergandingan dengan pelakon dan producer Dato’ A.Aida untuk menghasilkan lagu dan lirik mimpi
“Ini pengalaman pertama saya berkerja dengan Dato A.Aida di dalam studio, saya suka semangat dan kesungguhan beliau sewaktu bekerja. Saya kagum dengan beliau. Bukan sahaja wanita yang Berjaya dalam perniagaan malah ibu tunggal yang gigih tanpa kenal erti putus asa”
Bila ditanya tentang harapan beliau untuk lagu mimpi Haqiem berkata
“Bohong kalau saya kata saya tidak meletakkan harapan yang tinggi, ini lagu saya mestilah saya harapkan sesuatu dari hasil kerja keras saya. 2021 ni saya nak orang mengenali Haqiem Rusli bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi saya mahu mencipta jenama sebagai Komposer yang disegani seperti Dato’ M.Nasir dan Dato’ Ahmad Nawab. Itu matlamat dan sasaran saya untuk tahun baru ini.
Bila ditanya tentang berduet dengan artis wanita,
“Buat masa ini saya lebih selesa fokus pada nyanyian solo saya, bukan tak mahu tetapi nanti dulu, ada je penyanyi wanita yang ajak saya berduet di dalam lagu, tetapi saya menolak dengan cara baik kerana bagi saya biarlah saya betul betul sukses dengan lagu solo dan lagu – lagu ciptaan saya dulu. Dan ramai juga yang minta saya buat lagu untuk mereka tetapi memandangkan waktu saya agak terhad jadi saya mohon maaf jika tidak dapat memenuhi permintaan mereka buat masa ini.
Bercakap tentang muzik video mimpi, terdengar desas desus mengatakan bahawa terdapat sedikit permasalahan dan salah faham telah berlaku. Mengikut perancangan asal, sepatutnya Hero dan Heroin drama Bidadari Salju turut berlakon dan muncul dalam Muzik Video mimpi. Tetapi di saat akhir mereka menarik diri.
“Saya tidak pasti apa yang berlaku kerana pihak produksi Muzik video yang berhubung dan berurusan dengan mereka, apa yang pasti saya telah menyatakan pendirian saya bahawa jika ada pelakon / model wanita yang ingin ditampilkan dalam muzik video saya, mereka perlulah bertudung (menutup aurat). Jika tidak maaf saya tidak setuju.
Menurut sumber pelakon wanita dan lelaki itu telah tiba di lokasi pengambaran muzik video, tetapi setelah siap make up dan mejelang tengah hari berlaku sedikit perbincangan dan dengarnya ada miscommunication, akhirnya mereka pulang dan terpaksa di gantikan dengan model sahaja. Isu tersebut mungkin berkaitan dengan pemaikan tudung.
“saya taknak mengulas lanjut tentang isu ini kerana saya kurang jelas apa yang berlaku, kerana urusan pelakon tersebut diuruskan sepenuhnya oleh pihak produksi, tambahan pula mereka memang pelakon dalam drama 28 episod - bidadari salju yang mana lagu Mimpi menjadi runut bunyi untuk drama tersebut. Bagi saya tidak menjadi masalah dan akan lebih meriah jika mereka sudi untuk turut serta dalam muzik video saya kali ini”
Kata Haqiem yang enggan memanjangkan kisah disebalik penarikan diri di saat akhir pelakon drama tersebut.
“bagi saya semua perkara Allah yang tentukan, mungkin bukan rezeki saya untuk bersama mereka dalam muzik video Mimpi. Jadi saya ok saje, tidak marah atau merasa kecil hati. Walaubagaimana pun saya berterima kasih kerana mereka ada niat untuk bantu saya menjayakan muzik video ini.
Semoga lagu Mimpi ini mendatang kan tuah buat Haqiem Rusli dan Dato’A.aida selaku pencipta dan penulis lirik bersama dalam lagu ini.
“Saya harap single kali ini Berjaya mencatatkan tontonan lebih 20 juta mengatasi catatan tertinggi lagu saya sebelum ini - Selamat Tinggal Sayang. Kalau anda sayang saya sudi sudikanlah tonton Muzik video Mimpi dan download lagu Mimpi ok?. Lagu ini buah tangan saya di tahun baru 2021 buat semua peminat yang saya kasihi, kita bagi view lebih 50 juta pula kali ini. Ada berani ? ” Gurau Haqiem
Lirik Lagu Mimpi - Haqiem Rusli
Lirik Lagu Mimpi - Haqiem Rusli
(Verse 1)
Di saat aku..
pejamkan mata...
Ku cuba bayangkan raut wajahmu
Doa ku agar kau hadir di dalam mimpi
Menemani aku
(Chorus 1)
MIMPI yang indah kau bersamaku
MIMPI yang ngeri kau bersama dengannya
Dan Jangan dikau hampiri dia
Dia pasti membawa kau pergi....
DIA...dia....
Mengapa dia...
(Verse 2)
Semalamanku ..diburu MIMPI
MIMPI ngeri yang menghiris hatiku
Tapi ku tahu..jauh dalam sudut hatimu
Kau takkan tinggalkanku
(Chorus 2)
MIMPI yang indah kau bersamaku
MIMPI yang ngeri kau bersama dengannya
Dan Jangan dikau hampiri dia
Dia pasti membawa kau pergi....
Oooooo....
Yeay...
(Pre chorus)
Oooooo
Ku dibuai MIMPI yang indah
dan juga MIMPI ngeri....
ooooooo
(Repeat 2nd Chorus)
DIA...
Mengapa dia
DIA...
Mengapa dia
Ooooo
Mengapa Dia...
ooo
Mengapa dia....
Lagu: Mimpi
Komposer: Haqiem Rusli & Dato A. Aida
Lirik: Haqiem Rusli & Dato A. Aida
Penyanyi: Haqiem Rusli
Lirik Lagu Cinta Khayalan - Wany Hasrita
Lirik Lagu Cinta Khayalan - Wany Hasrita
Verse 1
Pernah kamu merasakan cinta
Membuat lelah bila kau dengannya
Bagaikan langit kian dirundung awan yang muram
Verse 2
Manis kata bisakah terubat
Dan juga nanti kan di sangga waktu
Dibiar dingin hingga kan tidak tertahan lagi
Chorus
Cinta khayalan denganmu
Seperti berbisik
Tak ingin ia berlalu
Dan jika masih kau menyakiti diriku
Tidakkan dapat ku ulangi lagi
Cinta khayalan denganmu
Seperti berbisik
Tak ingin ia berlalu
Dan jika masih kau menyakiti diriku
Tidakkan dapat ku ulangi lagi
Verse 3
Resah hadir kian kau diamkan
Terhimpit rasa membelahkan jiwa
Aku yg dingin adakah mampu bertahan lagi
Lagu - Farouk Razak
Lirik - Tokyo Angkasa
Penyanyi: Wany Hasrita
Lirik Lagu Sepi - Aina Abdul
Wany Hasrita, Mohd Al Adib selamat bernikah
Petaling Jaya: Penyanyi popular Wany Hasrita, 30, selamat bernikah dengan lelaki pilihannya Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, dengan dua kali lafaz, di Glam Hall, Damansara Perdana, di sini, kira-kira jam 9.11 malam, hari ini.
Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan Hasbullah Hassan, 56, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.
Pada majlis itu, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian. Manakala wang hantaran dirahsiakan serta tidak ada dulang hantaran daripada kedua-dua pihak.
Wany yang popular menerusi lagu Menahan Rindu berkata, dia bersyukur majlis yang dirancang berjalan lancar dan berterima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat yang sentiasa mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
“Alhamdulillah, saya bersyukur majlis pernikahan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT. Terima kasih kepada mak, ayah, keluarga, rakan-rakan, pihak media dan peminat yang tanpa jemu menitipkan doa yang baik-baik buat saya tidak kira untuk kerjaya mahu pun peribadi.
“Insya-Allah, ini adalah fasa baharu buat saya dan suami. Perjalanan kami masih panjang. Tanggungjawab menjadi isteri dan dalam masa sama bergelar anak seni akan saya cuba berikan yang terbaik. Cuma, selepas ini tentu saja keluarga menjadi keutamaan saya.
“Saya berdoa agar semoga segalanya dipermudahkan. Paling penting juga, saya mohon untuk semua mendoakan yang terbaik buat saya dan suami dalam melayari bahtera perkahwinan ini,” katanya.
Berkongsi mengenai lelaki yang berjaya menambat hatinya yang juga bekerja dalam bidang penerbangan di Kuching, Sarawak itu, Wany berkata hubungan mereka mula rapat sejak 2019.
“Kalau diikutkan saya sudah kenal Adib sejak 2010 lagi. Ketika itu saya mengenalinya melalui rakan baik saya yang juga sepupunya. Kenal macam tu saja. Waktu itu pun saya belum menjadi penyanyi lagi. Cuma, pada 2019 barulah kami mulai menjadi rapat. Jadi, kami mengikuti antara satu sama lain di Instagram (IG) dan banyak berhubung di situ. Ada satu hari dia melawak mengenai kartun Thomas & Friends. Saya pun boleh layan. Sejak itu, kami terus ‘ngam’ dan saling memahami dalam banyak perkara.
“Tidak ada istilah ‘declare’ menjadi kekasih dalam perhubungan kami. Masing-masing saling memahami perasaan dan hati dan akhirnya memutuskan untuk membawa perhubungan ini ke fasa yang lebih serius,” katanya.
Menurut Wany yang juga pemenang Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 31 pada 2018, dia dan Adib memilih untuk bertunang pada 26 Februari lalu sebelum mengakhiri perhubungan mereka di jenjang pelamin pada hari ini.
“Apabila sudah rapat, kami terus fikir dan rancang ke fasa seterusnya. Apatah lagi ketika itu (2019) masing-masing sudah berumur 28 tahun. Selama ini saya tidak terlalu ‘looking forward’ untuk berkahwin. Tapi selepas rapat, semuanya ‘ngam’ dan serasi dari segi semua perkara.
“Malah, dari mula perhubungan ia bukan lagi untuk cuba-cuba tapi memang nak berkahwin. Dia pun sama juga begitu. Itu yang kami ambil keputusan untuk bertunang terlebih dahulu pada 26 Februari lalu di sebuah hotel di Sepang, Selangor, yang mana hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat saja.
“Kalau diikutkan perancangan nak berkahwin dibuat lebih awal, tapi disebabkan jarak kami yang mana dia bekerja di Kuching, Sarawak, masa dan komitmen kerjaya, jadi kami ambil keputusan untuk cari waktu paling sesuai untuk kedua-dua pihak. Ditambah pula kita sudah masuk fasa endemik, jadi kami fikir ini waktu yang tepat,” katanya.
Dilihat mengambil sikap berahsia dalam perhubungan yang dibina, Wany yang juga pemenang tempat ketiga pada Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) menerusi lagu Belenggu Rindu duet bersama Datuk Jamal Abdillah berkata, perkara itu lebih kepada menghormati peribadi suaminya.
“Bukan rahsia sebenarnya. Saya pun belajar daripada pengalaman sebelum ini yang mana selagi belum ada ketetapan yang sahih dalam perhubungan itu tidak perlu dikongsikan. Itu sebab dalam perhubungan kali ini, saya mengambil pendekatan sebegitu. Biar semuanya sudah ‘confirm’ barulah kita kongsikan.
“Lagi pula dia juga bukan seorang yang cenderung kepada media sosial. Dia tak suka menonjolkan diri apatah lagi di media sosial. Jadi saya kena belajar untuk menjaga privasi itu. Walaupun dia jenis tak kisah, tapi saya sendiri yang nak menjaga atas dasar menghormati,” katanya.
Ditanya mengenai penerimaan suami terhadap kerjaya dan status dirinya yang mana selebriti terkenal tanah air, Wany berkata Adib sangat memahami.
“Macam dikatakan, dia bukan jenis ‘kaki media sosial’. Disebabkan itu dia tak ambil tahu sangat. Lagu saya pun dia tak tahu banyak, jauh sekali soal gosip. Pendek kata, suami bukan seorang yang minat dalam industri hiburan.
“Alhamdulillah, dia menerima saya seadanya dan sangat baik. Dia memahami kerjaya saya dan tak kacau. Cuma berpesan apa yang perlu dijaga, kena jaga. Pendek kata, dia meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk menjaga diri. Dalam masa sama, dia pun tahu siapa kawan-kawan saya, sebaliknya begitu juga saya,” katanya.
Melalui perhubungan jarak jauh selama ini, Wany berkata mereka menjalaninya dengan baik sahaja selain Adib yang juga berasal dari Kuching, Sarawak.
“Kami okay saja ‘long distance relationship’ (LDR). Kami menjalani hubungan ini macam biasa dan tak ada isu pun. Nak kata keluar bersama, memang jarang sekali. Sepanjang tiga tahun ini, boleh kira tak lebih 10 kali. Di IG memang tak pernah letak pun gambar dia. Yang tahu saja tahu,” katanya.
Pada majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.
Busana kedua mempelai pula mendapat sentuhan pereka Altelia Amani.
Majlis kesyukuran bagi meraikan pasangan pengantin baharu ini akan diadakan pada 24 Julai ini bertempat di Cheras, Kuala Lumpur.